Logo FMB - Kembali ke laman utama
Header - About FMB
Services
About Mediation
 
 
Link 1 Link 2 Link 3 Link 4 Link 5
 
Laman Utama > Perkhidmatan Kami

:: Bagaimana boleh kami bantu?

SKOP

Semua aduan, pertikaian dan tuntutan selain daripada yang tedapat dalam senarai pengecualian. Kes-kes yang yang diterima meliputi, antara lain, pertikaian yang berikut :

  • Pinjaman Peribadi atau Pembiayaan Peribadi-i
  • Pinjaman Perumahan atau Pembiayaan Perumahan-i
  • Mesin Teler Automatik (ATM)
  • Mesin Simpanan Tunai
  • Kad Kredit/Caj atau Kad Kredit –i/Caj-i
  • Sewa Beli atau Sewa Beli-i
  • Akaun Simpanan atau Akaun Simpanan-i
  • Akaun Semasa atau Akaun Semasa-i
  • Deposit Tetap atau Akaun Pelaburan Am-i/
    Khas-i/Spesifik-i
  • Kiriman Wang
  • Perbankan Elektronik
  • Perbankan Internet

Bagi pertikaian yang melibatkan insurans dan takaful, BPK boleh membantu menyelesaikan pertikaian di antara pemegang polisi, pemegang sijil atau pihak yang membuat tuntutan dengan syarikat insurans atau pengendali takaful mereka mahupun pihak ketiga.

BIDANG KUASA

Bagi aduan, pertikaian atau tuntutan yang melibatkan kerugian kewangan, amaun yang dituntut tidak boleh melebihi :

Berkaitan dengan perbankan/kewangan : RM100,000 (kecuali bagi kes penipuan yang melibatkan instrumen pembayaran, kad kredit, kad caj, kad ATM dan cek yang melibatkan amaun tidak melebihi RM25,000)
Berkaitan dengan insurans/takaful : RM200,000 (Insurans/takaful motor dan kebakaran) RM100,000 (lain-lain) RM5,000 (kerosakan harta pihak ketiga)

PENGECUALIAN

BPK tidak akan mempertimbangkan aduan, pertikaian atau tuntutan mengenai penentuan harga umum, dasar produk/perkhidmatan ahli, keputusan kredit (kelulusan, penolakan dan penjadualan semula pinjaman), kes-kes penipuan (selain daripada kes-kes penipuan yang melibatkan instrumen pembayaran, kad kredit, kad caj, kad ATM dan cek bagi amaun tidak melebihi RM25,000), kes-kes yang melebihi had masa yang dibenarkan oleh undang-undang atau enam tahun dan kes-kes yang telah dibawa atau dirujuk ke mahkamah dan/atau penimbangtaraan.

IMPAK

Keputusan BPK wajib dipatuhi oleh penyedia perkhidmatan kewangan tetapi pengadu tidak wajib mematuhinya.

Mengenai kami  |  Perkhidmatan kami  |  Aduan  |  Soalan Lazim  |  Pautan  |  Penerbitan  |  Peta Laman  |  Hubungi Kami
 Penafian
Hakcipta © Biro Pengantaraan Kewangan.
Semua Hakcipta Terpelihara.