Logo FMB - Kembali ke laman utama
Header - About FMB
Introduction
Misi, Visi dan Nilai
Board of Directors
Organisation Structure
 
 
Pautan 1 Pautan 2 Pautan 3 Pautan 4 Pautan 5
 
Laman Utama > Mengenai kami > Misi, Visi dan Nilai

:: Misi, Visi dan Nilai


Visi Kami

Menjadi sebuah organisasi yang bebas, berwibawa dan tersohor dalam menyediakan pengantaraan secara objektif dan tepat pada masanya kepada pengguna perkhidmatan dalam industri perkhidmatan kewangan.

Misi Kami

Menyediakan wahana bagi penyelesaian pertikaian, tuntutan dan aduan secara objektif dan tepat pada masanya kepada pengguna yang timbul daripada perkhidmatan yang diberikan oleh institusi-institusi kewangan (kini terdiri daripada bank perdagangan, bank-bank Islam, bank saudagar, syarikat insurans, pengendali takaful dan pengeluar kad).

Objektif

Kami tidak memperjuangkan hak pengguna ataupun hak institusi-institusi kewangan. Sebagai sebuah badan yang benar-benar bebas, kami mengendalikan pertikaian, tuntutan dan aduan dengan adil dan saksama.

Tepat pada masanya

Kami akan berusaha menyelesaikan kesemua pertikaian, tuntutan dan aduan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap yang diperlukan bagi setiap pertikaian, tuntutan dan aduan yang dirujuk kepada kami oleh pengguna.

Nilai-nilai Bersama

Integriti
Nilai bersama ini merupakan asas organisasi kami dan tidak ada sedikit pun keraguan mengenai integriti kami. Kami bertanggungjawab sepenuhnya atas keputusan yang kami buat. Kakitangan kami terdiri daripada pegawai-pegawai yang mempunyai tahap integriti yang tinggi dan tidak mudah dipengaruhi atau berkompromi dengan mana-mana pihak dalam menjalankan peranan dan fungsi mereka di BPK.

Profesionalisme
Bersikap profesional merupakan amalan utama kami. Kakitangan kami yang terlatih akan sentiasa bersikap objektif dalam menyelesaikan pertikaian, tuntutan dan aduan yang dirujuk kepada kami. Komitmen kami terhadap profesionalisme bermakna kami akan membuat keputusan tanpa gentar atau pilih kasih.

Kompeten dan Berpengetahuan
Kami akan menjadi sebuah organisasi yang berasaskan pengetahuan. Kakitangan kami akan dilatih dan dilengkapi dengan kompentensi dan pengetahuan yang diperlukan untuk tugas itu. Kakitangan kami juga akan mempunyai kebolehan teknikal untuk mengendalikan aduan, tuntutan dan pertikaian yang dirujuk kepada BPK. Kami juga akan terus mempertingkatkan pengetahuan dan kompeten kami setanding dengan piawaian antarabangsa.

Pendidikan Pengguna
Kami akan terus mendidik pengguna dan ahli-ahli kami mengenai peranan kami sebagai penyedia perkhidmatan pengantaraan yang bebas terhadap pertikaian, tuntutan dan aduan yang diterima oleh Biro. Kami juga akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman kami dengan pengguna dan ahli-ahli kami melalui forum-forum yang sesuai.

Perkhidmatan Pelanggan
Kakitangan kami akan dapat memenuhi harapan pengguna dan juga melayani aduan yang dibuat melalui surat, e-mel, panggilan telefon atau mereka yang melawat ke premis kami secara peribadi. Berbudi bahasa dan khidmat yang mesra akan menjadi tonggak kekuatan kami.

Mengenai kami  |  Perkhidmatan kami  |  Aduan  |  Soalan Lazim  |  Pautan  |  Penerbitan  |  Peta Laman  |  Hubungi Kami
 Penafian
Hakcipta © Biro Pengantaraan Kewangan.
Semua Hakcipta Terpelihara.